Tuesday, March 23, 2010

SIDANG DUN PERAK 2

SIVA OH SIVA

HARI NI AKHBAR SINAR DA MENGELUARKAN BERITA MENGENAI MR SIVA.MR SIVA MENDAKWA DIA ADALAH SPEAKER YANG SAH.TAK PE LE.KITA BERIKAN DIA MASA NAK BERANGAN DENGAN JAWATAN YANG DIA IDAMKAN.KITA ANGAP JE LE DIA SPEAKER DUN PERAK.BIAR DIA SYOK SEKEJAP.

BILA DIA ADALAH SPEAKER YANG SAH MAKA SEMUA YB DUN PERAK KENA DENGAR CAKAP DIA.YB JE TAU.BUKAN ORANG MACAM SAYA.BUKAN SELURUH RAKYAT PERAK.HANYA YB YB JE TAU.TAPI ADA SATU LAGI PIHAK YANG TIDAK PERLU IKUT SANGAT CAKAP SPEAKER IAITU PIHAK ISTANA.

JADI DALAM HAL INI KITA MAU TAU ADAKAH MR SIVA SUDAH MENGADAP BAGINDA SULTAN UNTUK MENDAPAT PERKENAN BAGINDA UNTUK MENGADAKAN SIDANG DUN PERAK PADA 30 MAC 2010?AYUH MR SIVA CAKAP LE TARIKH BILA MR SIVA MENGADAP BAGINDA SULTAN UNTUK HAL NI????ADA BERANI CAKAP.JANGAN-JANGAN YB GANESAN JE YANG PERGI DAN MR SIVA TUMPANG TUI JE.BILA SULTAN BAGI PERKENAN PADA YB GANESAN MAKA MR SIVA GUNA TARIKH YANG SAMA.JANGAN POTONG LINE LE MR SIVA.JANGAN AMBIL KESEMPATAN.

SAYA CADANGKAN SUPAYA MR SIVA BUAT SIDANG AKHBAR TERUTAMA AKHBAR YANG TELUS MACAM SINAR,MEMBERITAHU BILA TARIKH MR SIVA MENGADAP SULTAN MOHON PERKENAN.NI DALAM SINAR TAK DI KELUARKAN BILA MASA MR SIVA MOHON PERKENAN BAGINDA SULTAN.SINAR TAK TANYA KE ATAU SINAR BUAT-BUAT TAK TANYA.INI YANG PATUT KITA SAMA SAMA TANYA PADA MR SIVA KALAU BETUL DIA SPEAKER YANG SAH.

HANYA SETAKAT INI SAHAJA UNTUK SAYA MENGANGGAP MR SIVA ADALAH SPEAKER YANG SAH.STOP.HANYA SELEPAS MR SIVA JAWAP TARIKH DAN MASA MR SIVA MENGADAP MOHON PERKENAN BAGINDA SULTAN PERAK BARU SAYA BOLEH FIKIRKAN SAMADA MR SIVA SPEAKER YANG SAH ATAU TIDAK.

Sunday, March 21, 2010

SIDANG DUN PERAK 30 MAC 2010

SIVA OH SIVA

APA SUDAH JADI DENGAN PERAK?????MAHKAMAH DAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BN MEMERENTAH NEGERI PERAK. KITA INGATKAN SEGALA KEMELUT POLITIK NEGERI PERAK DAH WALTAMAT HABIS, TAPI RUPANYA MASIH ADA DAKI YANG TERTINGGAL.KALI INI DAKINYA IALAH BEKAS SPEAKER DUN PERAK MR SIVAKUMAR.

APA PULA KALI INI YANG BELIAU BUAT????APALAGI KALAU BUKAN BELIAU MENYATAKAN YANG BELIAU MASIH LAGI SPEAKER YANG SAH.SETERUSNYA BELIAU MEMANGGIL MESYUARAT DUN PADA 30 MAC 2010.TAPI PERSOALANYA SEKARANG SAH ATAU TIDAK PANGGILAN MESYUARAT DARI MR SIVA????

YANG PERTAMA.

ADA BANYAK KEMUSYKILAN YANG TIMBUL.JANGAN KITA FIKIRKAN SAH ATAU TAK MR SIVA JADI SPEAKER TAPI YANG PALING UTAMA YANG SEPATUTNYA MENJADI FOKUS KEPADA KITA IALAH BAGAIMANA BELIAU MENDAPAT PERKENAN DARI BAGINDA SULTAN PERAK UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT DUN PADA 30 MAC INI???? SEMUA ORANG TAHU HANYA BAGINDA SULTAN SAJA YANG BOLEH MEMBERI KEBENARAN MENGADAKAN SIDANG DUN,JADI BILA MR SIVA MENGADAP SULTAN M0OHON PERKENAN BAGINDA SULTAN????SAYA SEBAGAI SEORANG PEMERHATI, SAYA YAKIN YANG MR SIVA TIDAK PUN MENGADAP BAGINDA SULTAN.TAPI TERPULANGLAH PADA PANDANGAN MASING-MASING.YANG KITA PERLU INGAT HANYA SPEAKER YANG SAH SAHAJA YANG BOLEH MENGADAP BAGINDA SULTAN DAN MOHON PERKENAN BAGINDA.DALAM HAL INI HANYA SPEAKER YB GANESAN SAJA YANG MOHON PERKENAN BAGINDA DAN BAGINDA PERKENANKAN.DARI SINI KITA TAHU SIAPA YANG SAH.CUMA YANG TIDAK MAHU MENGAKUI KEBENARAN SAJA YANG MEMBUTAKAN MATA HATI UNTUK MENGAKUI KEBENARAN YANG TERBENTANG DI DEPAN MATA.

YANG KEDUA.

PERSOALAN YANG KEDUA.KENAPA MR SIVA MENGELUARKAN SURAT PANGGILAN MESYUARAT DUN WALAU TANPA PERKENAN DARI BAGINDA SULTAN.INI YANG MENJADI FOKUS KEPADA SAYA.TAPI BUKAN NIAT SAYA NAK MENULIS DENGAN PANJANG LEBAR MENGENAI HAL INI TAPI SEKADAR UNTUK ANDA SEMUA DAPAT MEMAHAMI DUDUK SEBENAR PERKARA INI.SAYA PENUH YAKIN SURAT DARI MR SIVA HANYA LAKUNAN SEMATA
KENAPA LAKUNAN?

SEBABNYA SEBELUM INI PR TELAH MEMBUAT DUA TUNTUTAN KEPADA KERAJAAN BN DAN KITA TAHU BN TIDAK MELAYAN TUNTUTAN ITU.DAN KITA MAKLUM YANG PR MENYATAKAN YANG YB-YB PR TIDAK AKAN DATANG PADA MESYUARAT DUN JIKA TUNTUTAN MEREKA TIDAK DIPENUHI.BN PASTI TIDAK MEMENUHI PERMINTAAN PR.
BILA PERMINTAAN TIDAK DIPENUHI MAKA PADA DASARNYA KENALAH PR TUNAIKAN UGUTAN UNTUK TIDAK HADIR MESYARAT DUN KALI INI.TAPI MEREKA TIDAK AKAN BERANI UNTUK TIDAK HADIR MESYUARAT DUN.INI SAYA BERANI JAMIN YANG YB PR TIDAK BERANI UNTUK TIDAK HADIR.

KENAPA MEREKA TIDAK BERANI?????

SEBABNYA MUDAH SAHAJA.JIKA MEREKA TIDAK HADIR MAKA PADA TENGAHARI ATAU PETANG 30 MAC 2010 MENTERI BESAR PERAK AKAN MEMAKLUMKAN PILIHANRAYA KECIL DI 28 DUN DALAM NEGERI PERAK.KENAPA??? KERANA UNDANG UNDANG DUN PERAK MENYATAKAN YANG YB TIDAK BOLEH PONTENG WALAU SEKALI PUN KE MESYUARAT DUN TANPA SEBAB.MEREKA TIDAK AKAN BERANI.SAYA CABAR KALAU MEREKA BENAR BENAR BERANI.

TAK DAYUS KE MEREKA UNTUK DATANG WALAU PERMINTAAN MEREKA TIDAK DIPENUHI?????.

UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA HADIR WALAU PERMINTAAN MEREKA TIDAK DIPENUHI MAKA MEREKA MENCIPTA ALASAN YANG LOGIK.MAKA DISINILAH PERANAN MR SIVA DIGUNAKAN.MAKA MR SIVA PUN MENULISLAH SEPUCUK SURAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT YANG BERKENAAN UNTUK MEMANGGIL MESYUARAT DUN PERAK.YANG SYOKNYA TARIKH DAN MASANYA SAMA DENGAN SURAT YB GANESAN.KALAU YA PUN NAK PANGGIL MESYUARAT DUN,GUNA LE TARIKH LAIN.KENAPA TARIKH SAMA???? SEBAB NAK MENGELAKKAN PILIHANRAYA KECIL DI 28 DUN DALAM NEGERI PERAK.JADI MEREKA AKAN MEYATAKAN YANG MEREKA HADIR KERANA SURAT DARI MR SIVA BUKAN SURAT DARI YB GANESAN.DI SINI KITA NAMPAK PERMAINAN POLITIK DARI PR.TAKUT DIPANGGIL DAYUS DAN PRK DI 28 DUN MAKA CIPTA SATU SEBAB YANG MEMBOLEHKAN MEREKA HADIR SIDANG DUN.SEBABNYA SEPUCUK SURAT DARI MR SIVA.PANDAINYA MEREKA DARI PR MENIPU DAN MEMPERDAYA RAKYAT PERAK.JADI DENGAN ITU TIDAKLAH NAMPAK YANG YB PR INI GAGAL HADIR KERANA PERMINTAAN MEREKA TIDAK DIPENUHI TETAPI MEREKA HADIR KERANA SURAT JEMPUTAN TANPA TAULIAH DARIPADA MR SIVA.

SIVA OH SIVA.

Monday, November 2, 2009

GAGALNYA RANCANGAN PR (PEROSAK RAKYAT)



Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan perkenanNya sidang DUN Perak tempoh hari berjaya diadakan tanpa banyak halangan.Alhamdulillah sekali lagi.Maaf saja le sebab dah lama tak celoteh kat sini kerana teman sibuk dengan kes anak teman yang terlibat dengan tragedi jambatan runtuh kat Kuala Dipang tempoh hari.Anak teman salah seorang peserta yang terlibat.Lepas tu anak teman kena pula pi ke Ipoh untuk program Extra Kokurikulum Indahnya Negeriku anjuran KPM bermula hari Sabtu 31.10.09 - Selasa 03.11.09. Alhamdulillah dah sampai pun anak teman kat rumah.


Kita tinggalkan pasal tu.Kita kembali ke cerita asal.Dengan selesainya Sidang DUN yang lalu dan lulusnya Belanjawan Negeri maka itu adalah salah penanda aras mengenai kejayaan yang Kerajaan BN lakukan.Ini secara tak langsung menggambarkan akan pengakuan oleh Perosak Rakyat mengenai kesahihan Kerajaan BN.Mereka akui Kerajaan BN yang memerentah tetapi dek kerana egonya maka dinafikan.


Kejayaan ini juga membuktikan yang rancangan mereka untuk menggagalkan Sidang DUN tidak mendapat sokongan daripada rakyat Perak.Mereka cuba untuk mewujudkan provokasi dengan macam-macam cara.Yang paling utama pada pandangan teman ialah mengenai polis tidak membenarkan mereka masuk untuk menghadiri sidang dan mengenai polis telah merampas jubah Speaker.


Jadi betullah apa yang telah teman agak apa yang akan dilakukan oleh Perosak Rakyat dalam usaha menggagalkan Sidang DUN.Mereka sedaya upaya cuba membangkitkan rasa kemarahan penyokong agar bertindak kasar terhadap polis.Ini dapat kita lihat bilamana YB Perosak Rakyat keluar untuk memberitahu kedapa yang hadir kononnya mereka di halang masuk ke Dewan dan polis merampas jubah speaker kononnya atas arahan SUK.Lebih jelas lagi bila selepas sahaja lakonan itu selesai mereka beredar masuk semula ke dalam dewan.Nak tanya........nagapa tadi kata dihalang tapi ngapa pula lepas tu terus masuk?????? Itu bukan ke tandanya YB yang berkenaan seorang yang penipu !!!!!!


Masa kat dalam dewan.....Sekali lagi lakonan di buat.Lakonan provokasi sekali lagi dilakukan.Kalau tadi untuk penyokong luar,lani untuk YB BN pula.YB Siva (Speaker tidah sah)menambilalih jawatan Speaker, yang terdahulu telah mengumumkan waktu rehat oleh speaker yang sah.Masa itulah pembentangan belanjawan oleh Perosak Rakyat.Masa pembentangan ini dapat dilihat betapa kurang ajarnya ADUN PR yang berbual-bual dan berjalan-jalan.Jangan marahkan ADUN PR.Memang mereka layak berbuat demikian kerana masa itu adalah masa rehat.Jadi kita nampak disini yang ADUN PR pun tidak mengiktiraf YB Siva.Yang iktiraf hanya DS Nizar je.Sebab semasa DUN bersidang ,perkara macam tu adalah dilarang.Sekali lagi YB Siva gagal.


Ni nak tanya.....mana nak korek duit nak keluarkan belanjawan PR ni????DSAI ke yang bagi......Dengar cerita kononnya ada RM 6b.Boleh le kot.Dah lulus ka.?????Kena tunaikan le.Kira kita rakyat Perak beruntung le dapat 2 belanjawan.Satu dari BN yang pasti akan dilakukan dan satu lagi dari PR yang kita tak tau dari mana punca pendapatannya.Agaknya orng BN pi kat BN orang PR pi kat PR.Mana boleh mcm tu.yang pasti janji BN akan tertunai tapi janji PR tanya le PR.


Sekarang kita telah tau tembelang PR.Nak cuba gagalkan Sidang Dun dan meraih simpati rakyat.Yang hadir untuk menunjukkan sokongan pada pejuang PR pun semakin berkurang.Lebih kurang 150 orang sahaja yang hadir.Satu angka yang tidak terduga oleh PR yang mengharapkan ribuan yang hadir.Dengan kehadiran yang sebegitu maka dapatlah kita ramalkan apakah yang akan terjadi kepada PR diperak ini.Hancur dan berkecailah angan DS Nizar untuk bersandar pada AGS 10 dan tinggal di Jalan Tambun.


Semoga dengan ini kita yang berusaha menyatupadukan kembali rakyat Perak akn semakin bersemangat lagi untuk merialisasikan harapan dan keinginan kita ini jadi satu kenyataan.Tidak lama lagi usaha kita ini akan berjaya tapi kita jangan leka.Usaha diteruskan.


Salam Perjuangan.


Tuesday, October 27, 2009

26 Oktober, 2009

MEMANG HARAM JADAH BUAT HAL LAGI!
Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam."Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"
Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.
Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.
"Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka.
"Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.
Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jikan PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.
Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.
Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semula Perak dari BN.Sekian.
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)
Salam perjuangan
Komen Teman.....
Yang pertama tamanya teman nak tujukan kepada semua dengan ucapan
" BIARKAN NIZAR TERUS DENGAN ANGANNYA INGIN BERSANDAR PADA AGS 10 DAN RUMAH DI JALAN TAMBUN TU "
Dia tak tau ke yang DAP dah tak boleh terus berharap padanya lagi????DAP dah tak berkenan tapi dek kerana untuk meraih simpati dan value sikit yang Nizar bawa,maka diterima jugalah Nizar ni pada DAP.Nizar tau tapi dek kerana kemaruk nak jadi MB maka pa yang dia sedar pun dia buat tak sedar je.
Kita semua maklum yang DAP akan meletakkan calon Melayu ditempat yang dia pasti calon Melayu itu akan menang.Maka orang inilah yang akan jadi kuda pada DAP untuk jadi MB.Bukan PAS maupun Keadilan.Ini semua orang tau.Dia mesti ambil iktibar dari penolakan calon DAP untuk jadi MB tempoh hari.
Akhirnya yang kempunan adalah PAS dan Keadilan.Yang hingka DAP.Teman rasa kalo cukup kekuatan DAP ini akan menolak semua ahli pakatan untuk dia mentadbir sendiri.Yang MB akan mengambil Exco agama.Exco penting yang lain akan dipegang oleh orang bukan Melayu.Silap-silap yang jadi Exco hanya MB je yang terkonting konting orang Melayu.Lagi sekali orang Melayu maruahnya tergadai.Apakah ini yang dikehendaki oleh Nizar dan koncu koncunya?????Inikah juga yang dikehendaki oleh para pengikut parti Keadilan dan PAS????
Biar emas tergadai tapi jangan maruah tergadai.
SELAMAT BERJUANG.

Monday, October 26, 2009

Salam perjuangan untuk semua bloger.

Pada kali ini teman nak bercerita mengenai sorang lagi yang perjuangannya yang dah semakin songsang.Orang yang teman maksudkan adalah Exco Pemuda Pas Perak yang telah membuat satu kenyataan dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak pada minggu lepas.Kenyataan yang beliau buat begitu dangkal dan ego.Tak heranlah sangat dengan kenyataan yang beliau buat jika kita perhatikan dengan jawatan yang beliau pegang. Almaklum sajalah beliau seorang yang bertaraf EXCO.Hebat jawatan tu,sehebat kenyataan yang dibuat

Beliau menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional TIADA membuat jasa kepada rakyat.Itu intipati yang beliau nyatakan.Begitulah angkuhnya kenyataan yang dibuatnya.Teman begitu terusik bilamana orang yang pandai dalam agama ( agaknya le ) boleh mengeluarkan kenyataan yang sebegitu.Alasan yang di beri hanyalah kerana kononnya kemajuan dan apa saja yang kerajaan buat adalah atas sifat tanggung jawap sebagai kerajaan.Hebat alasan yang beliau beri. Alasan yang di beri itu pada teman bertambah lagilah menggambarkan kebodohan yang ingin di nyatakan. Sudah terang lagikan bersuluh.

Rupanya kebaikan yang kerajaan buat untuk semua rakyat termasuk kepada beliau bukanlah merupakan budi dan jasa kerajaan. Jadi tak perlulah rakyat berterima kaseh. Bodoh mana pun seseorang itu akan mengakui adanya kebaikkan yang telah kerajan lakukan terhadap rakyat negara ini. Pelbagai kemajuan yang telah kerajaan lakukan demi kesenangan,kemajuan,keselesaan dan kemudahan rakyatnya.Takan itu pun buta mata dan hati nak mengakuinya. Lainlah kalo Tuhan telah butakan mata dan hati beliau daripada melihat dan mengakui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang memerentah. Macam di Perak pun ada jasa yang di buat oleh kerajaan PR (Perosak Rakyat). Ni antara jasa yang telah di buat yang sempat teman fikirkan
.
Membazir wang rakyat dengan membeli kereta baru untuk kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Memberikan tanah 1000 ekar kepada sekolah Cina sahaja.
Memberi taraf hak milik kekal kepada tanah di Kg Baru.

Tu antara jasa yang dibuat oleh kerajaan yang lalu.Baik punya jasa. Nak tanya apa jasa kerajaan pimpinan Pas untuk orang Melayu????Konon nak bagi 1000 ekar juga untuk sekolah-sekolah agama. Tapi harus di ingat,untuk sekolah cina,diluluskan.Untuk sekolah agama,DICADANGKAN. Ni antara jasa yang kerajaan pimpinan Pas lakukan.Tu pun jasa juga walaupun bukan berjasa kepada orang Melayu.

Memalukan.......
Kalo apa yang kerajaan buat selama ini bukan jasa tapi hanya satu tanggung jawap kerajaan kepada rakyat maka saya nak tanya APAKAH YANG BOLEH KITA KATAKAN SEBAGAI JASA?Nampaknya macam tak ada langsung jasa. Maaf sajalah kalo saya katakan yang beliau tiada membuat jasa dan tidak menerima jasa dari sesiapa pun. Waima dari ibubapanya juga.

Jangan marah saudara Exco Pemuda Pas.........Saudara saja yang begitu tapi teman tak macam tu.Teman akui ibubapa teman berjasa pada teman dan teman kena berterima kaseh pada ibubapa teman. Seterusnya teman wajib membalas jasa kedua ibubapa tema. Saudara lain......Saudara sendiri menyatakan itu semua adalah tanggung jawap dan bukan jasa. Jadi ibubapa saudara hanya melakukan tanggungjawap sebagai ibu bapa saja.Tu bukan jasa tapi hanya tanggung jawap saja kan??????Adakah saudara akui yang tu semua hanya tanggung jawap ibubapa saja terhadap keluarganya???Mestilah saudara setuju.

Apalah bodohnya saudara dalam hal ini.Hanya kerana ingin jadi pembangkang yang lantang hingga buta untuk melihat kebaikan didepan mata.Kita jangan hanya mencari keburukan yang kerajaan buat saja tapi akui kebaikan yang kerajaan buat.Jangan tak pandai menilai dan membezakan antara jasa dan tanggung jawap.Seharam-haram anjing pun masih dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukkan.Tapi teman tak heran sebab dalam hati manusia itu ada nafsu.Nafsu inilah yang perlu kita jaga.Dengan nafsu dan hati inilah yang boleh membawa kita ke surga atau ke neraka.Bukan dengan undi Pas.Dengan nafsu dan hati inilah juga yang boleh membuatkan kita lebih hebat dari malaikat atau lebih teruk dari binatang.Jadi dimanakah letaknya hati dan nafsu saudara.???Saudara fikirlah sendiri.Janganlah bila jadi pembangkang maka kita mesti membutakan semua kebaikan dan jasa yang telah dibuat.Jadilah pembangkang yang baik dan memberikan idea idea yang bernas.Jadilah manusia yang berpijak dibumi yang nyata. Semoga saudara akan lebih menghargai setiap kebaikan yang saudara terima dan pandai pandailah berterima kaseh kepada yang memberi walaupun orang yang memberi itu datangnya dari orang yang saudara tak suka.

Sedarlah saudara kebaikan tidak boleh disamakan dengan keburukan.Jasa tidak boleh digabungkan dengan kejahatan. Kesetiaan tidak boleh digandingkan dengan penderhakaan.

Salam perjuangan

Sunday, October 25, 2009

helllo

helllooo
Kali ini saya nak bercerita mengenai satu lagi majlis suai kenal antara 3 bala durjana iaitu pas, keadilan dan dap.Majlis yang dimaksudkan telah berlangsung malam tadi bertempat di perkarangan Pejabat Pas Negeri Perak di Medan Istana.Pada malam itu lebih kurang 1300 yang hadir.Ramai tu.....Tapi ramai ke??????Tak ramai le kalo nak dibandingkan dengan masa zaman kegemilangan Perosak Rakyat.Ni dah kira satu kegagalan dalam usaha menghimpunkan penyokong dan yang bersimpati terhadap perjuangan yang tau apa yang diperjuangkan.Dalam ramai ramai tu ada le beberapa orang yang saya kenai.Antaranya DS Nizar,Speaker tak sedar diri Siva,Khalil Idham Lim,Yunus Jamhari,Ramli Tusin dan beberapa orang lagi.
Bukan kehadiran yang saya nak perkatakan tetapi apa yang mereka canangkan dalam majlis tu yang saya nak pertikaikan dan sama sama kita huraikan.Ucapan yang pertama dari Pesuruhjaya Pas Ng Perak Abu Bakar Husin yang menyatakan bahawa Perosak Rakyat adalah contoh terbaik dalam perpaduan kaum di Malaysia.Pertanyaan.YE KE???????
JAWAPAN : Cermin Diri anda dahulu sebelum mencanangkan bahawa Perosak Rakyat adalah contoh terbaik dalam perpaduan kaum.
Mana taknya,cuba kita semua fikir.....Sejak bilakah perpaduan kita ini wujud?????Sejak dari mula merdeka lagi.Cuma masa 13 Mei saja yang terjejas sikit.Lepas tu bilakah terjejas perpaduan kaum di Malaysia???????Lepas PRU 12 yang lalu.Masa itulah wujudnya Perosak Rakyat.Tambahan pula mereka ni dapat memerintah beberapa negeri.Lagilah naik tocang.Nasib baik negeri kita ini hanya sebentar cuma.Kalo tidak....hancur bin punah binti ranah.Sekarang ini perpaduan semakin baik.Tapi bukan kerana usaha Perosak Rakyat.
Perpaduan antara mereka pun tak berapa baik.Yang baiknya cuma hubungan DS Nisar dengan sedara sedara DAPnya.Ini terbukti bilamana DS Nizar sanggup sama sama berlapar dalam mogok tapi kata DS Nizar dia puasa sunat.Ya le tu sebab dalam Islam boleh puasa sunat.Tapi apa ke halnya dengan memasang lilin masa memperingati Kematian Teoh Beng Hock?????Ini le bukti perpaduan.Kata mereka le agaknya.Tapi pasang lilin satu hal.....yang pakai baju hitam tu apa ke jadahnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dah nak sangat jadi macam mereka jaga ke.Saya tau le memang DS Nizar ada darah Cinanya di sebelah ibu.Tu sebab ada yang menyatakan yang DS nizar ada hubungan darah dengan Ngeh.Kemungkinan tu ada tapi saya rasa tak ada le.Ni yang saya cuba nak cari keturunan DS Nizar.Setakat sebelah ayahnya saja le.Yang dapat saya katakan disini beliau orang Kampong Air Hitam Labu dekat Kampar.Rumah ibunya depan SK Air Hitam Labu.Saudara maranya ramai di Air Papan (Tg Tualang),Malim Nawar dan Kampar.Tapi nanti saya akan critakan di keluaran yang akan datang.
Jadi apakah perpaduan yang dimaksudkan............. Rakyat dengan rakyat????Tak juga.Pemimpin dengan pemimpin?????Tak juga.Yang saya nampak perpaduan yang ada hanya nak dapatkan kuasa dan lepas tu berebut kuasa.Perosak Rakyat ini hanya tau nak menjatuhkan kerajaan yang ada.Tu je yang mereka tau.Khidmat pada rakyat yang memilih mereka dalam PRU12 dah dah tiada dalam diari mereka.BN digambarkan sebagai rakus kuasa.Kalo BN rakus kuasa Perosak Rakyat apa pula.Siapa yang mengejar kuasa sekarang ni.BN ke Perosak Rakyat......Yang turun naik mahkamah nak jadi MB ni siapa?????Yang masih nak menjadi Speaker ni siapa????Yang masih ingatkan jadi pemerentah Perak hingga sanggup keluar duit sewa dewan hotel untuk jadi Dewan Undangan Negeri Perak tu siapa?????Yang tak nak serahkan kembali JUBAH SPEAKER tu siapa?????Jawapan kepada soalan itu hanya satu iaitu mereka yang mendakwa pejuang demokrasi.Sapa lagi kalo bukan Perosak Rakyat.Jadi siapa yang gila kuasa?????Perosak Rakyat le.
Beliau menuduh UMNO parti rasuah.Kalo UMNO parti rasuah,Pas pun rasuah juga.UMNO rasuah konon guna wang tapi PAS lagi teruk.Guna ayat Al Quran,hadis dan janji yang tipu.Rasuah juga tu.Bukan duit je baru rasuah.Ayat AlQuran pun hanya baca mana yang memihak ke mereka.Mana yang memudaratkan mereka.....mereka tak baca dan tak guna.Janji masuk surga.Itu juga rasuah.Undi Pas masuk surga.Jadi surga tu untuk sapa ye????Rasanya surga tu untuk orang Islam saja.Untuk orang yang mengucap dua kalimah syahadah.Tapi dengan Pas......yang kafir pun boleh masuk surga.Apa amalan dan syahadah yang sikafir ni bawa????Hanya dengan pangkah Pas.....jamin masuk surga.Kalo itulah yang Pas janjikan....awaslah wahai orang bukan Islam,anda akan terkeluar dari agama anda jika anda undi Pas.Kira kalo dalam Islam anda telah jadi MURTAD.Manataknya,kan surga hanya untuk orang Islam.Jadi yang bukan Islam tu kena masuk Islam dulu baru boleh masuk surga.Jadi......mereka kena keluar dari agama mereka.Nak ke wahai yang bukan Islam??????
Wahai Pesuruhjaya Pas.........
Janganlah kita menggula gulakan rakyat dengan kata kata yang membuta tuli.Siapa yang gila kuasa????ANDA yang gila kuasa.Siapa yang merosakan perpaduan???????ANDA.Siapakah yang rasuah???????Termasuklah ANDA.Pikir pikirkanlah.