Monday, November 2, 2009

GAGALNYA RANCANGAN PR (PEROSAK RAKYAT)



Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan perkenanNya sidang DUN Perak tempoh hari berjaya diadakan tanpa banyak halangan.Alhamdulillah sekali lagi.Maaf saja le sebab dah lama tak celoteh kat sini kerana teman sibuk dengan kes anak teman yang terlibat dengan tragedi jambatan runtuh kat Kuala Dipang tempoh hari.Anak teman salah seorang peserta yang terlibat.Lepas tu anak teman kena pula pi ke Ipoh untuk program Extra Kokurikulum Indahnya Negeriku anjuran KPM bermula hari Sabtu 31.10.09 - Selasa 03.11.09. Alhamdulillah dah sampai pun anak teman kat rumah.


Kita tinggalkan pasal tu.Kita kembali ke cerita asal.Dengan selesainya Sidang DUN yang lalu dan lulusnya Belanjawan Negeri maka itu adalah salah penanda aras mengenai kejayaan yang Kerajaan BN lakukan.Ini secara tak langsung menggambarkan akan pengakuan oleh Perosak Rakyat mengenai kesahihan Kerajaan BN.Mereka akui Kerajaan BN yang memerentah tetapi dek kerana egonya maka dinafikan.


Kejayaan ini juga membuktikan yang rancangan mereka untuk menggagalkan Sidang DUN tidak mendapat sokongan daripada rakyat Perak.Mereka cuba untuk mewujudkan provokasi dengan macam-macam cara.Yang paling utama pada pandangan teman ialah mengenai polis tidak membenarkan mereka masuk untuk menghadiri sidang dan mengenai polis telah merampas jubah Speaker.


Jadi betullah apa yang telah teman agak apa yang akan dilakukan oleh Perosak Rakyat dalam usaha menggagalkan Sidang DUN.Mereka sedaya upaya cuba membangkitkan rasa kemarahan penyokong agar bertindak kasar terhadap polis.Ini dapat kita lihat bilamana YB Perosak Rakyat keluar untuk memberitahu kedapa yang hadir kononnya mereka di halang masuk ke Dewan dan polis merampas jubah speaker kononnya atas arahan SUK.Lebih jelas lagi bila selepas sahaja lakonan itu selesai mereka beredar masuk semula ke dalam dewan.Nak tanya........nagapa tadi kata dihalang tapi ngapa pula lepas tu terus masuk?????? Itu bukan ke tandanya YB yang berkenaan seorang yang penipu !!!!!!


Masa kat dalam dewan.....Sekali lagi lakonan di buat.Lakonan provokasi sekali lagi dilakukan.Kalau tadi untuk penyokong luar,lani untuk YB BN pula.YB Siva (Speaker tidah sah)menambilalih jawatan Speaker, yang terdahulu telah mengumumkan waktu rehat oleh speaker yang sah.Masa itulah pembentangan belanjawan oleh Perosak Rakyat.Masa pembentangan ini dapat dilihat betapa kurang ajarnya ADUN PR yang berbual-bual dan berjalan-jalan.Jangan marahkan ADUN PR.Memang mereka layak berbuat demikian kerana masa itu adalah masa rehat.Jadi kita nampak disini yang ADUN PR pun tidak mengiktiraf YB Siva.Yang iktiraf hanya DS Nizar je.Sebab semasa DUN bersidang ,perkara macam tu adalah dilarang.Sekali lagi YB Siva gagal.


Ni nak tanya.....mana nak korek duit nak keluarkan belanjawan PR ni????DSAI ke yang bagi......Dengar cerita kononnya ada RM 6b.Boleh le kot.Dah lulus ka.?????Kena tunaikan le.Kira kita rakyat Perak beruntung le dapat 2 belanjawan.Satu dari BN yang pasti akan dilakukan dan satu lagi dari PR yang kita tak tau dari mana punca pendapatannya.Agaknya orng BN pi kat BN orang PR pi kat PR.Mana boleh mcm tu.yang pasti janji BN akan tertunai tapi janji PR tanya le PR.


Sekarang kita telah tau tembelang PR.Nak cuba gagalkan Sidang Dun dan meraih simpati rakyat.Yang hadir untuk menunjukkan sokongan pada pejuang PR pun semakin berkurang.Lebih kurang 150 orang sahaja yang hadir.Satu angka yang tidak terduga oleh PR yang mengharapkan ribuan yang hadir.Dengan kehadiran yang sebegitu maka dapatlah kita ramalkan apakah yang akan terjadi kepada PR diperak ini.Hancur dan berkecailah angan DS Nizar untuk bersandar pada AGS 10 dan tinggal di Jalan Tambun.


Semoga dengan ini kita yang berusaha menyatupadukan kembali rakyat Perak akn semakin bersemangat lagi untuk merialisasikan harapan dan keinginan kita ini jadi satu kenyataan.Tidak lama lagi usaha kita ini akan berjaya tapi kita jangan leka.Usaha diteruskan.


Salam Perjuangan.