Tuesday, October 27, 2009

26 Oktober, 2009

MEMANG HARAM JADAH BUAT HAL LAGI!
Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam."Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"
Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.
Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.
"Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka.
"Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.
Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jikan PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.
Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.
Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semula Perak dari BN.Sekian.
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)
Salam perjuangan
Komen Teman.....
Yang pertama tamanya teman nak tujukan kepada semua dengan ucapan
" BIARKAN NIZAR TERUS DENGAN ANGANNYA INGIN BERSANDAR PADA AGS 10 DAN RUMAH DI JALAN TAMBUN TU "
Dia tak tau ke yang DAP dah tak boleh terus berharap padanya lagi????DAP dah tak berkenan tapi dek kerana untuk meraih simpati dan value sikit yang Nizar bawa,maka diterima jugalah Nizar ni pada DAP.Nizar tau tapi dek kerana kemaruk nak jadi MB maka pa yang dia sedar pun dia buat tak sedar je.
Kita semua maklum yang DAP akan meletakkan calon Melayu ditempat yang dia pasti calon Melayu itu akan menang.Maka orang inilah yang akan jadi kuda pada DAP untuk jadi MB.Bukan PAS maupun Keadilan.Ini semua orang tau.Dia mesti ambil iktibar dari penolakan calon DAP untuk jadi MB tempoh hari.
Akhirnya yang kempunan adalah PAS dan Keadilan.Yang hingka DAP.Teman rasa kalo cukup kekuatan DAP ini akan menolak semua ahli pakatan untuk dia mentadbir sendiri.Yang MB akan mengambil Exco agama.Exco penting yang lain akan dipegang oleh orang bukan Melayu.Silap-silap yang jadi Exco hanya MB je yang terkonting konting orang Melayu.Lagi sekali orang Melayu maruahnya tergadai.Apakah ini yang dikehendaki oleh Nizar dan koncu koncunya?????Inikah juga yang dikehendaki oleh para pengikut parti Keadilan dan PAS????
Biar emas tergadai tapi jangan maruah tergadai.
SELAMAT BERJUANG.

Monday, October 26, 2009

Salam perjuangan untuk semua bloger.

Pada kali ini teman nak bercerita mengenai sorang lagi yang perjuangannya yang dah semakin songsang.Orang yang teman maksudkan adalah Exco Pemuda Pas Perak yang telah membuat satu kenyataan dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak pada minggu lepas.Kenyataan yang beliau buat begitu dangkal dan ego.Tak heranlah sangat dengan kenyataan yang beliau buat jika kita perhatikan dengan jawatan yang beliau pegang. Almaklum sajalah beliau seorang yang bertaraf EXCO.Hebat jawatan tu,sehebat kenyataan yang dibuat

Beliau menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional TIADA membuat jasa kepada rakyat.Itu intipati yang beliau nyatakan.Begitulah angkuhnya kenyataan yang dibuatnya.Teman begitu terusik bilamana orang yang pandai dalam agama ( agaknya le ) boleh mengeluarkan kenyataan yang sebegitu.Alasan yang di beri hanyalah kerana kononnya kemajuan dan apa saja yang kerajaan buat adalah atas sifat tanggung jawap sebagai kerajaan.Hebat alasan yang beliau beri. Alasan yang di beri itu pada teman bertambah lagilah menggambarkan kebodohan yang ingin di nyatakan. Sudah terang lagikan bersuluh.

Rupanya kebaikan yang kerajaan buat untuk semua rakyat termasuk kepada beliau bukanlah merupakan budi dan jasa kerajaan. Jadi tak perlulah rakyat berterima kaseh. Bodoh mana pun seseorang itu akan mengakui adanya kebaikkan yang telah kerajan lakukan terhadap rakyat negara ini. Pelbagai kemajuan yang telah kerajaan lakukan demi kesenangan,kemajuan,keselesaan dan kemudahan rakyatnya.Takan itu pun buta mata dan hati nak mengakuinya. Lainlah kalo Tuhan telah butakan mata dan hati beliau daripada melihat dan mengakui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang memerentah. Macam di Perak pun ada jasa yang di buat oleh kerajaan PR (Perosak Rakyat). Ni antara jasa yang telah di buat yang sempat teman fikirkan
.
Membazir wang rakyat dengan membeli kereta baru untuk kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Memberikan tanah 1000 ekar kepada sekolah Cina sahaja.
Memberi taraf hak milik kekal kepada tanah di Kg Baru.

Tu antara jasa yang dibuat oleh kerajaan yang lalu.Baik punya jasa. Nak tanya apa jasa kerajaan pimpinan Pas untuk orang Melayu????Konon nak bagi 1000 ekar juga untuk sekolah-sekolah agama. Tapi harus di ingat,untuk sekolah cina,diluluskan.Untuk sekolah agama,DICADANGKAN. Ni antara jasa yang kerajaan pimpinan Pas lakukan.Tu pun jasa juga walaupun bukan berjasa kepada orang Melayu.

Memalukan.......
Kalo apa yang kerajaan buat selama ini bukan jasa tapi hanya satu tanggung jawap kerajaan kepada rakyat maka saya nak tanya APAKAH YANG BOLEH KITA KATAKAN SEBAGAI JASA?Nampaknya macam tak ada langsung jasa. Maaf sajalah kalo saya katakan yang beliau tiada membuat jasa dan tidak menerima jasa dari sesiapa pun. Waima dari ibubapanya juga.

Jangan marah saudara Exco Pemuda Pas.........Saudara saja yang begitu tapi teman tak macam tu.Teman akui ibubapa teman berjasa pada teman dan teman kena berterima kaseh pada ibubapa teman. Seterusnya teman wajib membalas jasa kedua ibubapa tema. Saudara lain......Saudara sendiri menyatakan itu semua adalah tanggung jawap dan bukan jasa. Jadi ibubapa saudara hanya melakukan tanggungjawap sebagai ibu bapa saja.Tu bukan jasa tapi hanya tanggung jawap saja kan??????Adakah saudara akui yang tu semua hanya tanggung jawap ibubapa saja terhadap keluarganya???Mestilah saudara setuju.

Apalah bodohnya saudara dalam hal ini.Hanya kerana ingin jadi pembangkang yang lantang hingga buta untuk melihat kebaikan didepan mata.Kita jangan hanya mencari keburukan yang kerajaan buat saja tapi akui kebaikan yang kerajaan buat.Jangan tak pandai menilai dan membezakan antara jasa dan tanggung jawap.Seharam-haram anjing pun masih dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukkan.Tapi teman tak heran sebab dalam hati manusia itu ada nafsu.Nafsu inilah yang perlu kita jaga.Dengan nafsu dan hati inilah yang boleh membawa kita ke surga atau ke neraka.Bukan dengan undi Pas.Dengan nafsu dan hati inilah juga yang boleh membuatkan kita lebih hebat dari malaikat atau lebih teruk dari binatang.Jadi dimanakah letaknya hati dan nafsu saudara.???Saudara fikirlah sendiri.Janganlah bila jadi pembangkang maka kita mesti membutakan semua kebaikan dan jasa yang telah dibuat.Jadilah pembangkang yang baik dan memberikan idea idea yang bernas.Jadilah manusia yang berpijak dibumi yang nyata. Semoga saudara akan lebih menghargai setiap kebaikan yang saudara terima dan pandai pandailah berterima kaseh kepada yang memberi walaupun orang yang memberi itu datangnya dari orang yang saudara tak suka.

Sedarlah saudara kebaikan tidak boleh disamakan dengan keburukan.Jasa tidak boleh digabungkan dengan kejahatan. Kesetiaan tidak boleh digandingkan dengan penderhakaan.

Salam perjuangan

Sunday, October 25, 2009

helllo

helllooo
Kali ini saya nak bercerita mengenai satu lagi majlis suai kenal antara 3 bala durjana iaitu pas, keadilan dan dap.Majlis yang dimaksudkan telah berlangsung malam tadi bertempat di perkarangan Pejabat Pas Negeri Perak di Medan Istana.Pada malam itu lebih kurang 1300 yang hadir.Ramai tu.....Tapi ramai ke??????Tak ramai le kalo nak dibandingkan dengan masa zaman kegemilangan Perosak Rakyat.Ni dah kira satu kegagalan dalam usaha menghimpunkan penyokong dan yang bersimpati terhadap perjuangan yang tau apa yang diperjuangkan.Dalam ramai ramai tu ada le beberapa orang yang saya kenai.Antaranya DS Nizar,Speaker tak sedar diri Siva,Khalil Idham Lim,Yunus Jamhari,Ramli Tusin dan beberapa orang lagi.
Bukan kehadiran yang saya nak perkatakan tetapi apa yang mereka canangkan dalam majlis tu yang saya nak pertikaikan dan sama sama kita huraikan.Ucapan yang pertama dari Pesuruhjaya Pas Ng Perak Abu Bakar Husin yang menyatakan bahawa Perosak Rakyat adalah contoh terbaik dalam perpaduan kaum di Malaysia.Pertanyaan.YE KE???????
JAWAPAN : Cermin Diri anda dahulu sebelum mencanangkan bahawa Perosak Rakyat adalah contoh terbaik dalam perpaduan kaum.
Mana taknya,cuba kita semua fikir.....Sejak bilakah perpaduan kita ini wujud?????Sejak dari mula merdeka lagi.Cuma masa 13 Mei saja yang terjejas sikit.Lepas tu bilakah terjejas perpaduan kaum di Malaysia???????Lepas PRU 12 yang lalu.Masa itulah wujudnya Perosak Rakyat.Tambahan pula mereka ni dapat memerintah beberapa negeri.Lagilah naik tocang.Nasib baik negeri kita ini hanya sebentar cuma.Kalo tidak....hancur bin punah binti ranah.Sekarang ini perpaduan semakin baik.Tapi bukan kerana usaha Perosak Rakyat.
Perpaduan antara mereka pun tak berapa baik.Yang baiknya cuma hubungan DS Nisar dengan sedara sedara DAPnya.Ini terbukti bilamana DS Nizar sanggup sama sama berlapar dalam mogok tapi kata DS Nizar dia puasa sunat.Ya le tu sebab dalam Islam boleh puasa sunat.Tapi apa ke halnya dengan memasang lilin masa memperingati Kematian Teoh Beng Hock?????Ini le bukti perpaduan.Kata mereka le agaknya.Tapi pasang lilin satu hal.....yang pakai baju hitam tu apa ke jadahnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dah nak sangat jadi macam mereka jaga ke.Saya tau le memang DS Nizar ada darah Cinanya di sebelah ibu.Tu sebab ada yang menyatakan yang DS nizar ada hubungan darah dengan Ngeh.Kemungkinan tu ada tapi saya rasa tak ada le.Ni yang saya cuba nak cari keturunan DS Nizar.Setakat sebelah ayahnya saja le.Yang dapat saya katakan disini beliau orang Kampong Air Hitam Labu dekat Kampar.Rumah ibunya depan SK Air Hitam Labu.Saudara maranya ramai di Air Papan (Tg Tualang),Malim Nawar dan Kampar.Tapi nanti saya akan critakan di keluaran yang akan datang.
Jadi apakah perpaduan yang dimaksudkan............. Rakyat dengan rakyat????Tak juga.Pemimpin dengan pemimpin?????Tak juga.Yang saya nampak perpaduan yang ada hanya nak dapatkan kuasa dan lepas tu berebut kuasa.Perosak Rakyat ini hanya tau nak menjatuhkan kerajaan yang ada.Tu je yang mereka tau.Khidmat pada rakyat yang memilih mereka dalam PRU12 dah dah tiada dalam diari mereka.BN digambarkan sebagai rakus kuasa.Kalo BN rakus kuasa Perosak Rakyat apa pula.Siapa yang mengejar kuasa sekarang ni.BN ke Perosak Rakyat......Yang turun naik mahkamah nak jadi MB ni siapa?????Yang masih nak menjadi Speaker ni siapa????Yang masih ingatkan jadi pemerentah Perak hingga sanggup keluar duit sewa dewan hotel untuk jadi Dewan Undangan Negeri Perak tu siapa?????Yang tak nak serahkan kembali JUBAH SPEAKER tu siapa?????Jawapan kepada soalan itu hanya satu iaitu mereka yang mendakwa pejuang demokrasi.Sapa lagi kalo bukan Perosak Rakyat.Jadi siapa yang gila kuasa?????Perosak Rakyat le.
Beliau menuduh UMNO parti rasuah.Kalo UMNO parti rasuah,Pas pun rasuah juga.UMNO rasuah konon guna wang tapi PAS lagi teruk.Guna ayat Al Quran,hadis dan janji yang tipu.Rasuah juga tu.Bukan duit je baru rasuah.Ayat AlQuran pun hanya baca mana yang memihak ke mereka.Mana yang memudaratkan mereka.....mereka tak baca dan tak guna.Janji masuk surga.Itu juga rasuah.Undi Pas masuk surga.Jadi surga tu untuk sapa ye????Rasanya surga tu untuk orang Islam saja.Untuk orang yang mengucap dua kalimah syahadah.Tapi dengan Pas......yang kafir pun boleh masuk surga.Apa amalan dan syahadah yang sikafir ni bawa????Hanya dengan pangkah Pas.....jamin masuk surga.Kalo itulah yang Pas janjikan....awaslah wahai orang bukan Islam,anda akan terkeluar dari agama anda jika anda undi Pas.Kira kalo dalam Islam anda telah jadi MURTAD.Manataknya,kan surga hanya untuk orang Islam.Jadi yang bukan Islam tu kena masuk Islam dulu baru boleh masuk surga.Jadi......mereka kena keluar dari agama mereka.Nak ke wahai yang bukan Islam??????
Wahai Pesuruhjaya Pas.........
Janganlah kita menggula gulakan rakyat dengan kata kata yang membuta tuli.Siapa yang gila kuasa????ANDA yang gila kuasa.Siapa yang merosakan perpaduan???????ANDA.Siapakah yang rasuah???????Termasuklah ANDA.Pikir pikirkanlah.
Saudara bloger semua.
Pada 28 Oktober ini akan diadakan sekali lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.Sebenarnya tiada apa yang menarik dengan persidangan ini tapi ianya sentiasa menarik perhatian ramai.Kerana apa ini berlaku?????
Ada banyak perkara yang buat perkara ini berlaku.

Kerana ini adalah Persidangan Dewan bagi Negeri PERAK.
Kerana perebutan yang bakal berlaku
Kerana pertunjukan dari badut-badut YB yang tak reti bahasa.
Kerana siapa ahli Parlimen yang bakal ditangkap.
Kerana..................macam-macam lagilah.

Mari kita sama-sama fikirkan apa yang bakal berlaku pada 28 Oktober 2009 bersamaan hari Rabu ini nanti.

Berdasarkan pada pengalaman yang lalu,kita dapat bayangkan apa yang akan berlaku.Apa yang pasti ialah BERLAKUNYA KEKECOHAN DAN PEREBUTAN KUASA.Jangan kita lupakan bagaimana YB yang kononnya begitu galak dengan konsep demokrasi ala mereka ini telah melakukan provokasi yang mengaibkan kepada kesucian Dewan yang mulia.Bagaimana mereka mempertikaikan keputusan mahkamah, mempertikaikan perkenan Baginda Sultan Perak dan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang hadir.Memalukan dan memualkan.
Pada pandangan saudara semua apakah yang akan berlaku nanti??????
Pada pandangan saya ini adalah antara apa yang mungkin berlaku.........

Yang pertama sekali tentunya ADUN dari PR (Perosak Rakyat) ini akan cuba menghimpunkan seramai mungkin pencacai yang simpati pada perjuangan (kononnya le) untuk menegakkan kebenaran.Tujuan ini dilakukan hanyalah untuk menarik perhatian pihak luar untuk meraih simpati yang kian terhakis terhadap mereka.Dari apa yang saya dengar, golongan ini cuba membawa masuk hingga kepada rangkai berita antarabangsa yang memang terkenal dengan auta bin pembohongnya iaitu CNN.Rangkaian berita inilah yang mencanangkan kebaikan dan keterpaksaan yang terpaksa Amerika buat untuk menyerang Iraq dan Afganistan.Sekarang ini pula rangkaian ini juga cuba menghalalkan serangan ke atas Iran pula.Rangkaian penyangak yang macam inilah yang Perosak Rakyat ingin bawa masuk.Rangkaian yang ingin melihat kehancuran sebuah lagi Negara Islam yang sedang berkembang pesat.Rangkaian haram jadah ini sentiasa menanti dengan mulut yang ternganga untuk masuk dengan halal.Rangkaian yang telah banyak merosakkan negara Islam tapi begitu bernafsu pula YB yang kononya memperjuangkan Islam ini ingin bersahabat.Apa dah jadi dengan Perjuangan Bersama Islam.Ni bukan perjuangan yang diperjuangkan tetapi PERJUANGAN MENGHANCURKAN ISLAM.

Yang kedua mungkin sekali cuba meghuru harakan perhimpunan berkenaan sehingga memaksa pihak yang berkuasa bertindak balas.Ini mereka lakukan dengan membuat bermacam-macam provokasi yang memaksa polis bertindak.Bila ada tangkapan yang dibuat,maka hal inilah yang mereka perbesarkan kononnya tiada lagi demokrasi di negara ini.Ini menjadi tugas kepada para blogers yang pro Perosak Rakyat ini menyebarkan racun kepada minda para pembaca blog.Disinilah peranan CNN di perlukan.CNN akan menyebarkan berita ini ke seluruh dunia dengan mengambarkan keadaan politik di Perak telah kucar kacir.Jika ini berlaku maka berjayalah misi Perosak Rakyat untuk memburukkan kepimpinan Barisan Nasional amnya dan Kerajaan Perak khasnya.Bila sudah seluruh dunia mengetahui perkara yang berbaur fitnah dan pembohongan ini maka terjejaslah pelaburan luar untuk melabur ke Perak.Kemasukan pelancung asing juga mungkin turut terjejas.Mana letaknya tanggung jawap YB Perosak Rakyat terhadap kemakmuran dan kemajuan negeri ini???Jawapannya......TIADA.Almaklum sajalah dah jadi Perosak Rakyat nak buat apa nak majukan dan makmurkan negeri ini.

Ketiga.....Apa agaknya yang bakal mereka lakukan?????Apalagi....Dalam dewanlah pula lakunan diteruskan.Yang pertama sekali tentunya mengenai jawatan Speaker yang jadi rebutan.NantiYB ADUN Tronoh akan menunjukkan kuasa dan mengistiharkan beliau masih lagi Speaker yang sah.Memalukan.Mahkamah sudah membuat keputusan tapi masih enggan mengikut.Kali ini beliau akan datang dengan memakai Jubah Speaker yang masih belum dipulangkan walaupun telah berulangkali di minta SUK.Gila Kuasa.Setelah perbalahan ini berterusana maka masuklah MB yang tidak sah ini pula dalam lakunan yang memualkan ini.MB ini akan memohon kepada speaker haram untuk duduk di kerusi yang dikhaskan untuk kerajaan.Maka kerajaan yang sah akan disuruh duduk di kerusi Pembangkang.Sudah tentulah ADUN BN akan menentang maka perbalahan akan berlaku.Inilah yang dikehendaki oleh Perosak Rakyat ini.Kekecohan dalam dewan.Bila ini berlaku yang dipersalahkan tentunya ADUN BN.Bloger pro Perosak Rakyat ini akan memuatkan berbagai bagai pembohongan dalam blog blog mereka.Kalau tak percaya kita tengoklah nanti.Kali ini mereka sanggup melakukan apa sahaj waima sehigga berlakunya pertumpahan darah.Bukan sampai berbunuh bunuh tetapi sehingga ada yang luka.Nanti bolehlah buat cerita macam cerita Selangor.Bertolak tolak dengan Pegawai SPRM hingga mencederakan kaki.Nampak sangat orang sana kurang kalsium untuk tulang.

Dalam Dewan ini macam-macam yang akan berlaku.Ini kerana tujuan mereka hanyalah satu iaitu menggagalkan Sidang Dewan.Apa saja yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang satu.MENGGAGALKAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.Apalagi yang mesti mereka lakukan untuk menjayakan rancangan mereka ini selain daripada aturan dewan gagal dijalankan.
Apakah mereka dari Perosak Rakyat ini tidak tahu undang undang????Jawapannya....Mereka tahu tapi saja buat buat tak tahu.Mereka akan malu besar kalau BN berjaya menjalankan Sidang Dewan dengan tertib.Apakah yang mereka malukan jika Sidang Dewan berjaya??????Jawapannya....mereka bukan setakat malu kerana seolah olah mengakui kemenangan BN tapi ada lagi yang mereka risaukan.Yang paling mereka risaukan ialah hilangnya RASA SIMPATI RAKYAT PERAK DAN MALAYSIA.Tambahan sekarang ini rasa simpati terhadap mereka telah beransur ansur terhakis.Bila perasaan ini menghilang maka semakin sukarlah untuk mereka meneruskan survival politik mereka.Mereka tahu selama ini kejayaan mereka lebih banyak dipengaruhi oleh rasa simpati.Simpati kepada DSA yang lebam.Itulah sebabnya gambar lebam mata masih dijaja kemana sekali pun.Pada mereka itulah intipati kemenangan yang mereka perolehi yang taidak mampu mereka hilang.Kalu hilang rasa simpati maka jadilah mereka seperti si buta yang hilang tongkatnya.jJadi adakah rasa simpati yang meluap luap selama ini masih berada di takok lama???? Jawapannya tidak lagi.Maka inilah masa yang sesuai untuk mendapat tonik simpati.Caranya telah saya uraikan di atas tadi.Sama samalah kita lihat samaada telahan saya ini benar ataupun meleset entah kemana.

Wednesday, October 7, 2009

UCAPAN V.T SAMBANTAN DI PARLIMEN 1955

UCAPAN TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.


Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do?


The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened?


Here we found that the Malay leadership said, We shall take them into ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens. As I said, it has been my great good fortune to have born in this country.


Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.



[Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?


Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.


Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


- Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia

- An Anthology, Vantage Press, New York,

- hal. 60




Ini dia bukti yang tidak boleh dipertikaikan mengenai Kontrak Sosial yang dipersetujui bersama.Kalau ini pun bukan lagi bukti yang ingin kita lihat,maka ada baiknya orang yang mempertikaikan itu dilucutkan sahaja kerakyatan mereka.Mereka ini buta sejarah atau sengaja buat-buat buta hanya untuk kepentingan survival politik mereka yang kelam kabut dan bercelaru.

Jikalau pihak yang mempunyai kuasa majoriti sehigga 88% itu ingin menunjukkan kuasa,maka semuanya boleh terjadi.Mungkin hak kerakyatan yang diberikan kepada bangsa pendatang ini dulu akan tiada.Ini boleh terjadi.Tapi disebabkan atas sifat orang melayu yang lemah lembut dan berhati mulia,maka kerakyatan ini kita beri.Sebagai balasan hak istimewa orang Melayu terpelihara.

Ini semua saling berkait rapat.Jika ada kerakyatan kepada yang bukan Melayu maka Hak Istimewa Orang Melayu ada.Jika tiada kerakyatan bagi bukan Melayu maka tiada perlunya Hak Iistimewa Orang Melayu.Ini kerana hanya orang Melayu sahaja yang menjadi rakyat maka tidak perlulah semua itu.

Orang yang ingin menghapuskan Hak Istimewa Orang Melayu perlu tahu kedudukan itu.Orang Melayu boleh menghapuskan Hak Istimewa Orang Melayu tapi dengan syarat kerakyatan orang bukan Melayu juga dihapuskan.Adakah orang bukan Melayu bersetuju????Jika tidak yang menjadi jawapannya,janganlah ingin menjadi jaguh untuk bangsa anda.Fahami sejarah awal pembantukan Malaya sebelum bercakap.Orang Melayu ada had kesabarannya.Jangan terlalu diusik kesabaran kami.

Hidup Melayu dan bersatulah wahai bangsaku.