Monday, October 26, 2009

Salam perjuangan untuk semua bloger.

Pada kali ini teman nak bercerita mengenai sorang lagi yang perjuangannya yang dah semakin songsang.Orang yang teman maksudkan adalah Exco Pemuda Pas Perak yang telah membuat satu kenyataan dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak pada minggu lepas.Kenyataan yang beliau buat begitu dangkal dan ego.Tak heranlah sangat dengan kenyataan yang beliau buat jika kita perhatikan dengan jawatan yang beliau pegang. Almaklum sajalah beliau seorang yang bertaraf EXCO.Hebat jawatan tu,sehebat kenyataan yang dibuat

Beliau menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional TIADA membuat jasa kepada rakyat.Itu intipati yang beliau nyatakan.Begitulah angkuhnya kenyataan yang dibuatnya.Teman begitu terusik bilamana orang yang pandai dalam agama ( agaknya le ) boleh mengeluarkan kenyataan yang sebegitu.Alasan yang di beri hanyalah kerana kononnya kemajuan dan apa saja yang kerajaan buat adalah atas sifat tanggung jawap sebagai kerajaan.Hebat alasan yang beliau beri. Alasan yang di beri itu pada teman bertambah lagilah menggambarkan kebodohan yang ingin di nyatakan. Sudah terang lagikan bersuluh.

Rupanya kebaikan yang kerajaan buat untuk semua rakyat termasuk kepada beliau bukanlah merupakan budi dan jasa kerajaan. Jadi tak perlulah rakyat berterima kaseh. Bodoh mana pun seseorang itu akan mengakui adanya kebaikkan yang telah kerajan lakukan terhadap rakyat negara ini. Pelbagai kemajuan yang telah kerajaan lakukan demi kesenangan,kemajuan,keselesaan dan kemudahan rakyatnya.Takan itu pun buta mata dan hati nak mengakuinya. Lainlah kalo Tuhan telah butakan mata dan hati beliau daripada melihat dan mengakui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang memerentah. Macam di Perak pun ada jasa yang di buat oleh kerajaan PR (Perosak Rakyat). Ni antara jasa yang telah di buat yang sempat teman fikirkan
.
Membazir wang rakyat dengan membeli kereta baru untuk kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Memberikan tanah 1000 ekar kepada sekolah Cina sahaja.
Memberi taraf hak milik kekal kepada tanah di Kg Baru.

Tu antara jasa yang dibuat oleh kerajaan yang lalu.Baik punya jasa. Nak tanya apa jasa kerajaan pimpinan Pas untuk orang Melayu????Konon nak bagi 1000 ekar juga untuk sekolah-sekolah agama. Tapi harus di ingat,untuk sekolah cina,diluluskan.Untuk sekolah agama,DICADANGKAN. Ni antara jasa yang kerajaan pimpinan Pas lakukan.Tu pun jasa juga walaupun bukan berjasa kepada orang Melayu.

Memalukan.......
Kalo apa yang kerajaan buat selama ini bukan jasa tapi hanya satu tanggung jawap kerajaan kepada rakyat maka saya nak tanya APAKAH YANG BOLEH KITA KATAKAN SEBAGAI JASA?Nampaknya macam tak ada langsung jasa. Maaf sajalah kalo saya katakan yang beliau tiada membuat jasa dan tidak menerima jasa dari sesiapa pun. Waima dari ibubapanya juga.

Jangan marah saudara Exco Pemuda Pas.........Saudara saja yang begitu tapi teman tak macam tu.Teman akui ibubapa teman berjasa pada teman dan teman kena berterima kaseh pada ibubapa teman. Seterusnya teman wajib membalas jasa kedua ibubapa tema. Saudara lain......Saudara sendiri menyatakan itu semua adalah tanggung jawap dan bukan jasa. Jadi ibubapa saudara hanya melakukan tanggungjawap sebagai ibu bapa saja.Tu bukan jasa tapi hanya tanggung jawap saja kan??????Adakah saudara akui yang tu semua hanya tanggung jawap ibubapa saja terhadap keluarganya???Mestilah saudara setuju.

Apalah bodohnya saudara dalam hal ini.Hanya kerana ingin jadi pembangkang yang lantang hingga buta untuk melihat kebaikan didepan mata.Kita jangan hanya mencari keburukan yang kerajaan buat saja tapi akui kebaikan yang kerajaan buat.Jangan tak pandai menilai dan membezakan antara jasa dan tanggung jawap.Seharam-haram anjing pun masih dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukkan.Tapi teman tak heran sebab dalam hati manusia itu ada nafsu.Nafsu inilah yang perlu kita jaga.Dengan nafsu dan hati inilah yang boleh membawa kita ke surga atau ke neraka.Bukan dengan undi Pas.Dengan nafsu dan hati inilah juga yang boleh membuatkan kita lebih hebat dari malaikat atau lebih teruk dari binatang.Jadi dimanakah letaknya hati dan nafsu saudara.???Saudara fikirlah sendiri.Janganlah bila jadi pembangkang maka kita mesti membutakan semua kebaikan dan jasa yang telah dibuat.Jadilah pembangkang yang baik dan memberikan idea idea yang bernas.Jadilah manusia yang berpijak dibumi yang nyata. Semoga saudara akan lebih menghargai setiap kebaikan yang saudara terima dan pandai pandailah berterima kaseh kepada yang memberi walaupun orang yang memberi itu datangnya dari orang yang saudara tak suka.

Sedarlah saudara kebaikan tidak boleh disamakan dengan keburukan.Jasa tidak boleh digabungkan dengan kejahatan. Kesetiaan tidak boleh digandingkan dengan penderhakaan.

Salam perjuangan

No comments:

Post a Comment