Sunday, October 25, 2009

Saudara bloger semua.
Pada 28 Oktober ini akan diadakan sekali lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.Sebenarnya tiada apa yang menarik dengan persidangan ini tapi ianya sentiasa menarik perhatian ramai.Kerana apa ini berlaku?????
Ada banyak perkara yang buat perkara ini berlaku.

Kerana ini adalah Persidangan Dewan bagi Negeri PERAK.
Kerana perebutan yang bakal berlaku
Kerana pertunjukan dari badut-badut YB yang tak reti bahasa.
Kerana siapa ahli Parlimen yang bakal ditangkap.
Kerana..................macam-macam lagilah.

Mari kita sama-sama fikirkan apa yang bakal berlaku pada 28 Oktober 2009 bersamaan hari Rabu ini nanti.

Berdasarkan pada pengalaman yang lalu,kita dapat bayangkan apa yang akan berlaku.Apa yang pasti ialah BERLAKUNYA KEKECOHAN DAN PEREBUTAN KUASA.Jangan kita lupakan bagaimana YB yang kononnya begitu galak dengan konsep demokrasi ala mereka ini telah melakukan provokasi yang mengaibkan kepada kesucian Dewan yang mulia.Bagaimana mereka mempertikaikan keputusan mahkamah, mempertikaikan perkenan Baginda Sultan Perak dan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang hadir.Memalukan dan memualkan.
Pada pandangan saudara semua apakah yang akan berlaku nanti??????
Pada pandangan saya ini adalah antara apa yang mungkin berlaku.........

Yang pertama sekali tentunya ADUN dari PR (Perosak Rakyat) ini akan cuba menghimpunkan seramai mungkin pencacai yang simpati pada perjuangan (kononnya le) untuk menegakkan kebenaran.Tujuan ini dilakukan hanyalah untuk menarik perhatian pihak luar untuk meraih simpati yang kian terhakis terhadap mereka.Dari apa yang saya dengar, golongan ini cuba membawa masuk hingga kepada rangkai berita antarabangsa yang memang terkenal dengan auta bin pembohongnya iaitu CNN.Rangkaian berita inilah yang mencanangkan kebaikan dan keterpaksaan yang terpaksa Amerika buat untuk menyerang Iraq dan Afganistan.Sekarang ini pula rangkaian ini juga cuba menghalalkan serangan ke atas Iran pula.Rangkaian penyangak yang macam inilah yang Perosak Rakyat ingin bawa masuk.Rangkaian yang ingin melihat kehancuran sebuah lagi Negara Islam yang sedang berkembang pesat.Rangkaian haram jadah ini sentiasa menanti dengan mulut yang ternganga untuk masuk dengan halal.Rangkaian yang telah banyak merosakkan negara Islam tapi begitu bernafsu pula YB yang kononya memperjuangkan Islam ini ingin bersahabat.Apa dah jadi dengan Perjuangan Bersama Islam.Ni bukan perjuangan yang diperjuangkan tetapi PERJUANGAN MENGHANCURKAN ISLAM.

Yang kedua mungkin sekali cuba meghuru harakan perhimpunan berkenaan sehingga memaksa pihak yang berkuasa bertindak balas.Ini mereka lakukan dengan membuat bermacam-macam provokasi yang memaksa polis bertindak.Bila ada tangkapan yang dibuat,maka hal inilah yang mereka perbesarkan kononnya tiada lagi demokrasi di negara ini.Ini menjadi tugas kepada para blogers yang pro Perosak Rakyat ini menyebarkan racun kepada minda para pembaca blog.Disinilah peranan CNN di perlukan.CNN akan menyebarkan berita ini ke seluruh dunia dengan mengambarkan keadaan politik di Perak telah kucar kacir.Jika ini berlaku maka berjayalah misi Perosak Rakyat untuk memburukkan kepimpinan Barisan Nasional amnya dan Kerajaan Perak khasnya.Bila sudah seluruh dunia mengetahui perkara yang berbaur fitnah dan pembohongan ini maka terjejaslah pelaburan luar untuk melabur ke Perak.Kemasukan pelancung asing juga mungkin turut terjejas.Mana letaknya tanggung jawap YB Perosak Rakyat terhadap kemakmuran dan kemajuan negeri ini???Jawapannya......TIADA.Almaklum sajalah dah jadi Perosak Rakyat nak buat apa nak majukan dan makmurkan negeri ini.

Ketiga.....Apa agaknya yang bakal mereka lakukan?????Apalagi....Dalam dewanlah pula lakunan diteruskan.Yang pertama sekali tentunya mengenai jawatan Speaker yang jadi rebutan.NantiYB ADUN Tronoh akan menunjukkan kuasa dan mengistiharkan beliau masih lagi Speaker yang sah.Memalukan.Mahkamah sudah membuat keputusan tapi masih enggan mengikut.Kali ini beliau akan datang dengan memakai Jubah Speaker yang masih belum dipulangkan walaupun telah berulangkali di minta SUK.Gila Kuasa.Setelah perbalahan ini berterusana maka masuklah MB yang tidak sah ini pula dalam lakunan yang memualkan ini.MB ini akan memohon kepada speaker haram untuk duduk di kerusi yang dikhaskan untuk kerajaan.Maka kerajaan yang sah akan disuruh duduk di kerusi Pembangkang.Sudah tentulah ADUN BN akan menentang maka perbalahan akan berlaku.Inilah yang dikehendaki oleh Perosak Rakyat ini.Kekecohan dalam dewan.Bila ini berlaku yang dipersalahkan tentunya ADUN BN.Bloger pro Perosak Rakyat ini akan memuatkan berbagai bagai pembohongan dalam blog blog mereka.Kalau tak percaya kita tengoklah nanti.Kali ini mereka sanggup melakukan apa sahaj waima sehigga berlakunya pertumpahan darah.Bukan sampai berbunuh bunuh tetapi sehingga ada yang luka.Nanti bolehlah buat cerita macam cerita Selangor.Bertolak tolak dengan Pegawai SPRM hingga mencederakan kaki.Nampak sangat orang sana kurang kalsium untuk tulang.

Dalam Dewan ini macam-macam yang akan berlaku.Ini kerana tujuan mereka hanyalah satu iaitu menggagalkan Sidang Dewan.Apa saja yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang satu.MENGGAGALKAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.Apalagi yang mesti mereka lakukan untuk menjayakan rancangan mereka ini selain daripada aturan dewan gagal dijalankan.
Apakah mereka dari Perosak Rakyat ini tidak tahu undang undang????Jawapannya....Mereka tahu tapi saja buat buat tak tahu.Mereka akan malu besar kalau BN berjaya menjalankan Sidang Dewan dengan tertib.Apakah yang mereka malukan jika Sidang Dewan berjaya??????Jawapannya....mereka bukan setakat malu kerana seolah olah mengakui kemenangan BN tapi ada lagi yang mereka risaukan.Yang paling mereka risaukan ialah hilangnya RASA SIMPATI RAKYAT PERAK DAN MALAYSIA.Tambahan sekarang ini rasa simpati terhadap mereka telah beransur ansur terhakis.Bila perasaan ini menghilang maka semakin sukarlah untuk mereka meneruskan survival politik mereka.Mereka tahu selama ini kejayaan mereka lebih banyak dipengaruhi oleh rasa simpati.Simpati kepada DSA yang lebam.Itulah sebabnya gambar lebam mata masih dijaja kemana sekali pun.Pada mereka itulah intipati kemenangan yang mereka perolehi yang taidak mampu mereka hilang.Kalu hilang rasa simpati maka jadilah mereka seperti si buta yang hilang tongkatnya.jJadi adakah rasa simpati yang meluap luap selama ini masih berada di takok lama???? Jawapannya tidak lagi.Maka inilah masa yang sesuai untuk mendapat tonik simpati.Caranya telah saya uraikan di atas tadi.Sama samalah kita lihat samaada telahan saya ini benar ataupun meleset entah kemana.

No comments:

Post a Comment