Monday, August 17, 2009

Pada 14 Ogos yang lalu saya tertarik pada satu artikel yang terbit dalam ruangan Forum dalam akhbar Utusan Malaysia di muka surat 14.Di bawah ini saya saya sertakan artikel tersebut.




Perangai Pas pelik tapi benar


- BILA ADUN BN lompat parti ke PR,halal.Bila ADUN PR lompat parti ke BN,haram (diPerak)


- Bila Mufti Perak sokong Pas,dia ulama terbilang.Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.


- bila menang pilihanraya, puji SPR.Bila kalah,maki hamun SPR.


-Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral,kutuk habis habisan.Bila ADUN PR yang buat di suruh berehat saja (Elizabeth Wong)


-Masa perentah Perak,cakap Raja Perak paling adil.Tapi bila dah hilang kuasa,tuduh Raja Perak macam-macam.


Sebelum berkuasa,beria-ia hendak laksana hudud.Lepas dapat kuasa,cakap hudud tak wajib.


-Bila UMNO kata hudud sukar dilaksanakan,caci maki kafirkan habis-habisan.Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu,Pas kata baiklah "Kami Dengar dan Taat".


-Bila orang luar hina Nabi,berarak satu KL bila Raja Petra Kamaruddin (RPK) hina Nabi,senyap membisu(mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari Nabi)


-Bila kerajaan naikkan harga minyak,marah menggila,bila kerajaan turunkan harga minyak,cakap itu hanya muslihat politik.


-Bila Pak Lah kata nak teruskan jqmbatan bengkok,kutuk Pak Lah jadi patung Mahathir.Bila Pak Lah batalkan,pun kutuk Pak Lah sebab tak dengar cakap Mahathir.


- Masa Pak Lah PM,desak Pak Lah undur.Bila Pak Lah undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.


- Bila PR buat demontrasi,itu demokrasi.Bila BN buat demontrasi,gesa polis ambil tindakan.


- Bila menang pilihanraya,itu namanya demokrasi.Bila kalah itu ada pengundi hantu.


- Bila Kelantan mundur salahkan Kerajaan Pusat.Bila negara maju,itu hasil Anuar keluar negara cari pelaburan tak langsung.


- Bila bersendirian bertakbir.Bila berdua dengan DAP,bertake beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)


- Bila mulakan ceramah,baca bismillah puji Nabi.Masa tengah cermah,habis semua yang berbeza pandangan di maki hamun.


- Bila orang UMNO baca Al-Quran dituduh hipokrik,bila orang DAP baca Al-Quran(diDUN Perak) dipuji melangit.


- Bila UMNO(parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip)


- Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasai.


- Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukupnya.Bahkan akuan sumpah Raja Petra Kamaruddin lebih dipercayaai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.


- Kalau Anwar tidak berani bersumpah,itupun satu kebenaran, tapi bayangkan kalau Saiful yang tidak berani bersumpah, comfirm di maki habis-habisan.


-Bila UMNO tidak laksanaHudud di sebabkan faktor ketidaksesuaian,PAS maki ramai-ramai.Tapi bila Azizan Razali kata hudud bukan keutamaan di Kedah, itu ijtihad murni.


Dari artikel di atas, apa komen anda?

Sunday, August 9, 2009

MELAYU OH MELAYU

MELAYU OH MELAYU,
HIDUPNYA,
BERTERASKAN AGAMA,
BERDINDINGKAN ADAT,
BERPANDUKAN HUKUM,
BERLANDASKAN BUDI,
BERPAYUNGKAN SULTAN,
BERPANTANG DERHAKA,
HORMATKAN PEMIMPIN
TAPI HORMATNYA BERTEMPAT,
DERHAKANYA BERADAP,
BANTAHNYA BERSOPAN,
SANGGAHNYA BERHEMAT,
TAPI,
MELAYUKAH KITA BILA,
AGAMA JADI MAINAN,
ADAT JADI HINAAN
HUKUM DIPERKOTAKKAN,
BUDI DIPERLEKEHKAN,
SULTAN DISANGGAH,
DERHAKA JADI ADAT,
HORMATKAN PEMIMPIN DIKATAKAN LEMAH,
HORMATKAN PEMIMPIN DIKATAKAN BACUL,
HORMATKAN PEMIMPIN DIKATAKAN PAK TURUT,
HORMATKAN PEMIMPIN DIKATAKAN PENAKUT,
MANA MELAYU YANG DULU,
SANGGUP MATI DEMI AGAMANYA,
SANGGUP KEHILANGAN ANAK JIKA ADAT TIDAK DIIKUTI,
SANGGUP BERSATU MEMPERTAHANKAN SULTAN,
SANGGUP BERTUMPAH DARAH DEMI BANGSANYA,



Saturday, August 8, 2009

Angkuhnya DAP

Isu penjualan arak di Selangor menunjukkan bahawa PAS tidak mempunyai taring langsung dalam menjaga kepentingan umat Islam khususnya orang melayu. PAS tidak boleh berperanan seperti UMNO dalam Barisan Nasional. Inilah kelemahan yang paling nyata dalam Pakatan Rakyat. PAS nampaknya tersepit dengan dua parti yang terang-terang bukanya mahukan sangat islam tapi memperalatkan PAS dalam merebut undi orang-orang melayu. PAS kena sedar bahawa perkongsian calonnya dikawasan mengundi dengn PKR tidak mendatangkan keuntungan malahan membebankan. Sebagai contoh di Perak kawasan PAS yang diberi kepada calon PKR menang dan akhirnya calon-calon ini keluar parti menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak. Siapa yang rugi? PAS dan ahli-ahli PAS...sebab percaya pada parti PKR yang terdiri daripada orang-orang bodoh.